Adakah Doktor Nak Bedah Fibroid saya yang 10cm ni Sedangkan Saya Hamil.



Salam doktor, Saya Nak tnya.. Saya skrg mengandung 14weeks.. Dr Awal kehamilan 5weeks doktor sah Kan sy Ada fibroid sebesar 10cm.. sebelum mengandung fibroid tiada. Dan doktor ckp Saya Ada fibroid disebab kan Hormon pregnant sy tinggi.. Dan Kalau sy kawal pemakanan pon sama je Sbb fibroid ikut Hormon sy.. adakah benar? Soalan kedua, Adakah fibroid sebesar size 10cm boleh dibuang ketika mengandung Atau tunggu selepas melahirkan?sebab sy Tengok fibroid sy Mcm xde pengecutan je.. fibroid sy Ada dibelakang rahim Dan tidak kena pada rahim. terima kasih doktor




**

Jawapan


1. hormon memang boleh besarkan fibroid. 
2. Kita akan elakkan semua jenis pembedahan ketika kehamilan. Kesan bius boleh buat bayi lali dan jantungnya perlahan, tambah lagi dengan cabaran besar bagi pakar bedah untuk bedah tanpa mencederakan rahim yang besar. 
3. Fibroid yang mengacau kehamilan adalah yang berada di pintu rahim, dan di dalam  rahim. Yang ada di pintu boleh sekat baby nak keluar dan yang ada di dalam boleh buat kelahiran baby tak matang.

Comments

Popular Posts