Adakah vitamin C dan Cetirizine akan merosakkan buah pinggang?








Saya lelaki berumur 27tahun..saya mengalami gatal gatal serta ruam apabila suhu badan meningkat semasa melakukan kerja diluar mahupun didalam aircond.Setiap hari saya mengambil vitamin c shaklee 1 biji + 1 cetirizine untuk mengurangkan gatal gatal.Adakah consume dlm amount tersebut dalam masa panjang akan memberi kesan terhadap buah pinggang?.Jika bahaya apakah alternatif dan nasihat doktor untuk saya?.


.......



Jawapan


Sekiranya Encik menggunakan ubat mengikut dos yang disyorkan dan tidak mempunyai masalah buah pinggang ia nya adalah selamat. Tetapi sekiranya En sedang menghadapi masalah buah pinggang, dos ubat perlu di adjust oleh Dr supaya ia tidak membebankan buah pinggang anda.


Cadangan


Langkah terbaik berkaitan ruam dan allergic adalah mengenal pasti punca atau triggering factor yang menyebabkan berlakunya kegatalan. sesudah mengenal pasti punca, adalah lebih baik bagi kita mengelak daripada triggering factor tersebut sekiranya ia nya boleh di elak.

Comments

Popular Posts