Apa Kesan Ayah Terlantar atas Katil


Hai . Saya nak tanya, ayh saya dia sakit buah pinggang kronik dan kini sdg buat hemodialisis . So , dia asyik trlantar kat katil dan tidak mmpu brjalan sngt . So adkah kerana mls mmbuat prgerakan kaki mnjadi sukar berjalan ?



***

Jawapan




Baring atas katil dan malas gerak lebih dari 9 jam sehari akan buat lebih dari sekadar sakit otot dan lenguh lenguh.




Kesan buruk lain yang orang pandang remeh.




-Jantung akan kerja 20% lebih kuat jika anda terlantar. Makin sakit la siapa yang ada masalah jantung tu.




-Ada risiko tinggi untuk dapt darah beku dalam kaki dan dalam paru paru.




-Metabolisma badan akan turun.




-insuli yang ada dalam badan akan kurang kuat , menjadikan kencing manis anda lebih teruk




-sistem immun daya tahan badan akan jadi makin teruk




-garam dalam badan akan jadi tak seimbang.




-akan sampai satu masa , anda susah untuk kencing , bilan air kencing tak keluar, batu karang boleh terbentuk




-risiko untuk kuman masuk dalam saluran kencing tinggi, ini yang orang kampung selalu cakap kencing kotor tu.

Ingat, orang tua tua kalau kena kencing kotor buruk padahnya. Kalau orang muda boleh ambil antibiotik makan di rumah je, kalau orang tua masuk icu pun boleh.




Kalau ayah anda sudah kena strok atau keadaan yang buat dia susah bergerak , ada cara anak soleh boleh tolong sihatkan ayah.



Beli tilam ripple mattress
Gerakkan dia supaya mengiring ke kanan kiri setiap 2 jam.

Comments

Popular Posts