Bahayakah Kalau Hamil Balik Kalau Baru Gugur?

Assalamualaikum doc, sy baru complete misscarriage 3 minggu lalu..disebabkan baby xsihat, dan sy xkena d&c.. tetapi,dua tiga hari sejak kebelakangan ni, sy pening dan mual2.. bila cek upt (clear blue) pregnant 1-2 weeks... soalan sy adalah

1. Adakah sy betul2 pregnant? Atau mungkin ad tinggalan janin?

2. Bahaya x pada sy kalau betul pregnant seawal tu?



***
Jawapan

1. Ujian upt kencing itu sebenarnya mengesan hormon hcg yang wujud ketika anda hamil. Upt boleh positive sehingga lebih satu bulan , bergantung pada berapa tinggi paras hcg anda ketika gugur. Ia akan ambil masa untuk turun. Juga ada kemungkinan anda boleh
-hamil sekali lagi
- gugur tak habis dan ada sisa tinggalan janin
- kelahiran molar pregnancy. ( janin berupa anggur)

Jika ada rasa tanda tanda kelahiran atau sakit perut , jumpalah doktor untuk pastikan anda  tak kena tiga benda di atas ini . Doktor akan pastikan dengan scan.

2. Bahaya juga terutamanya kalau gugur secara pembedahan (d n c , erpoc) kerana ada risiko
-Jangkitan kuman
-Darah tak cukup, kan baru saja berdarah sebab gugur.
-Rahim pecah , tertoreh dan macam macam lagi.

Comments

Popular Posts