Batuk Lama Walaupun Dah Ambil Antibiotik



assalamualaikum doktor, saya mengalami batuk dari awal Bulan 4 sehingga kini. Sy telah mendptkan rawatan di klinik kesihatan, namun tidak pulih sepenuhnya. klinik memberi syrup ubt batuk,ubat kumur Dan antibiotic. semua ubat tersebut telah habis Di makan.

Namun batuk Makin menjadi jadi terutama Di waktu lewat Malam. Batuk ini Akan disusuli dengan bersin tidak henti Dan berhingus. keadaan ini menyebabkan saya tidak mendpt tidur dengan sempurna. Mohon nasihat doktor. terima kasih.

***

Jawapan Doktor


Batuk berpanjangan boleh jadi beberapa sebab.

Tb, kanser paru paru, gerd, atypical pneumonia, batuk kokot (batuk 100 hari)

Apabila berjumpa doktor anda , tlg beritahu bahawa anda dah hbiskan satu jenis antibiotic, kalau boleh tunjuk bekas antibiotic lama untuk mudahkan doktor itu step up antibiotic yang akan diberinya.

Juga perlu bagitahu doktor itu jika anda pernah berjumpa org yg batuk lama spt anda atau pernah jumpa pesakit tb.

Juga beritahu dr anda jika anda ada hilang selera makan, turun berat lebih dari 10% dari seluruh berat badan dalam masa kurang 6 bulan.

Kami perlu dengar paru2 anda dan lihat tekak anda untuk komen lebih lanjut tentang keadaan ini. Terima kasih

Comments

Popular Posts