Boleh kah flatfoot dirawat?





assalamualaikum Dr. boleh ke flatfoot dirawat? klau boleh bagaimana Cara  nk rawat ye


.......


Jawapan

Flat foot adalah di mana kebiasaan kita akan mempunyai sedikit ruang di bahagian tapak kaki kita apabila kita beridiri. Ia berfungsi bagi ' weight distribution ' dan juga berfungsi sebagai suspension bagi menampung berat badan kita.

Apabila hilang nya ruang ini disebabkan oleh genetic, kecederaan, atau lain-lain, ia berkemungkinan menyebabkan seseorang itu menglami kesakitan di bahagian tapak kaki, betis dan juga pinggul. Sekiranya seseorang itu mempunyai flat foot tetapi tidak mempunyai apa apa symptom, maka beliau tidak memerlukan rawatan.

Sekiranya seseorang itu mempunyai symptoms seperti di atas, beliau boleh mencuba senaman ' heel cord stretching ' dan juga ' the golf ball roll ' ( boleh rujuk di youtube cara perlaksanaan ). Walau bagaimanapun anda harus lah berjumpa dengan Dr supaya pemeriksaan yang teliti dapat dibuat.

Comments

Popular Posts