Ketuban sudah Pecah, dan Bayi Kurang Gerak

Salam doktor.. saya mengandung 36minggu. Semalam cek up air ketuban 7.5 doktor minta dtg minggu depan untuk cek lagi.. tapi pagi dan petang tadi mcm ada air keluar.. underwear pun ada basah.. perlu ke saya ke hospital atau tunggu saja hingga isnin.. anak gerak tapi perlahan hari ni..



**
Jawapan.

Kes macamnilah yang buat kami fikir 2 kali nak jawab soalan dari orang awam. Di sini kami tiada sistem triage di mana orang yang betul betul dalam kecemasan dilayan dulu. Dalam kes akak ni sepatutnya dia tak payah tanya di sini dah kalau betul anak kurang gerak. Pergi terus ke hospital.

Air ketuban normal adalah 5 ke 25 . Normal value berbeza ikut centre. Dalam kes akak ni air ketuban masih normal, mungkin sebab itu disuruh balik dulu. Jika ada demam , air ketuban tukar warna , tukar bau ada kemungkinan besar kuman sudah menjangkiti kandungan.

Tendangan bayi sepatutnya ada 10 kali sehari. Di hospital, doktor akan kira air ketuban , dan buat ctg untuk tengok keadaan bayi. Jika pakar tidak berpuas hati , mungkin anda akan diinduce untuk selamatkan bayi.

Comments

Popular Posts