Normalkah Period Kejap Kejap Datang Bila Pakai Depo Provera?



Salam dn selamat hari raya. Saya sudah setahun ambil injection depo provera. Dan baru sekali datang period setelah anak berumur setahun setengah. Masalah saya.. Period sy kejap2 dtg. Ada pun x lama dalam 2 atau 3 hari shj. Nanti period semula selepas 3 atau 4 hari. Adakah itu normal atau sudah tiba masa perlu jumpa MO/Pakar utk bertanyakan hal ini? Dalam bulan Mei/Jun dah 4 kali sy period dimana tempohnya hanya singkat sgt.






**

Jawapan


Period tak seragam, kejap kejap datang itu dinamakan breakthrough bleeding dan ianya kesan sampingan yang biasa dihadapi pengguna depo. Ia akan berkurangan semakin lama anda mengguna Depo Provera. Anda mungkin akan hadap masalah ini sehingga tahun kedua penggunaan ubat ini.


Pendarahan ini normal selagi ia tidak turun darah yang berlebihan dari period biasa puan, dan normal selagi ia tiada sakit senggugut yang bersangatan.


Anda boleh mengambil ibuprofen atau ponstan untuk melegakan sakit senggugut itu tapi kalau sakit dan darah sudah melampau lampau silalah dapatkan bantuan pakar. Terima Kasih.

Comments

Popular Posts