Risau Lemak Tumbuh Seakan Payudara Selepas ambil Steroid
sya seorg lelaki berumur 47 tahun ..ada penyakit asthma dan kencing manis..msalhnya berat sya susah turun..adakah kerana pngambilan steroid n insulin?sya juga risau dgn pertumbuhan lemak sdi dada mnyebabkn seakan2 tumbuh spt payudara

***
Jawapan Doktor
Salam En. Penggunaan jangka lama corticosteroids akan menyebabkan satu kondisi kita panggil gynecomastia.
Ia adalah side effect penggunaan steroid. Ia mengambil masa kira 6 bln bg menghilang kn kondisi ini dgn syarat berhenti mengambil steroid.
Tetapi utk seorg pesakit asthma steroid itu sgt pentg jd selagi payu dara xda sakit teruskn steroid anda.
Tiada bukti lg yg insulin menyebabkan gynecomastia tp insulin boleh menyebabkan berat badan naik tambahan dgn diet yg tidak sihat.
Apabila lemak tggi bg kaum lelaki, lemak lebih tertumpu pada bhagian pinggang ( spare tyre ) dan juga dada.
Kami menggalakkan En menjaga pemakanan dan juga memperbanykkan senaman. Dgn lebih senaman, badan kita akn menjd lebih senstif kepada insulin jd kta xperlu insulin yg tggi.
Comments
Post a Comment