sy nk tnya doktor, klu sblom sy berkahwin dgn Housemen, ap perkara yg prlu sy fhm.. dan ap yg sy prlu jga dri segi mental.. bley dptkn pencerahan?


.....

Jawapan

Sebelum anda memilih untuk berkahwin dgn seorg Dr, anda perlu memahami dahulu scope kerja seorang Dr pelatih atau housemen dan juga waktu kerja mereka. Training ini mengambil masa 2 tahun jika lulus semua bahagian.

Waktu kerja
Tagging 7am-10pm selama 2 minggu setiap department baharu bg membiasakan diri dgn dept tersebut dan juga menyediakan mereka utk menjaga satu ward bila mereka oncall nnt.

Waktu kerja biasa
7am-5pm
7am-10pm
8pm-9am
Cuti hanya diberikan sehari seminggu

Walaupun on paper tulis 7am tp doktor2 pelatih perlu dtg seawal 6am bg melakukan pemeriksaan terhadap pesakit2 mereka terlebih dahulu seblum Dr Pakar dtg


Setiap department mempunyai exam sendiri sebelum beranjak ke department yg lain. Sekiranya gagal boleh dikenakan extension 1-2 bulan. Jika melalakukan kesilapan2 serius berkaitan dgn membahayakan nyawa pesakit ( sengaja mahu pun tidak ) juga boleh dikenakan extension.


Bagi sesetengah org mereka merasakan berkahwin adalah satu beban sewaktu housmenship apabila tanggungjawab mereka terhadap keluarga terpaksa di abaikan bg menggalas tggjwb pesakit2 tambahan pula apabila Dr itu mengandung. Tetapi ada juga para doktor yg melihat dari perspektif yg lebih baik di mana pasangan mereka merupakan kekuatan dan support mereka utk mengharungi training ini.

Reality nya pasangan anda akan sentiasa penat apabila pulang dari kerja dan kurg tidur. Jd jgn mengharapkan dia melayan anda bercuti seperti anda sewaktu public holiday seperti kerja2 yg lain tetapi fikir apa yg anda mampu tolong pasangan anda mengharungi meringankan beban sewaktu training 2 tahun ini.

Comments

Popular Posts